Dearah Semporna memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat bajau. Makanan tradisional yang terkenal ialah putu dan aggang yang di perbuat dari ubi kayu. Manakala lauk yang di gemari di kenali sebagai Sagol Buntal, Sagol pahi dan Kuah ikan masakan rebus. Makanan ini terkenal di kalangan masyarakat bajau. Bagi makanan laut pula, LATTOK, LAMBIH, TEHEK-TEHEK, KOHANG, KIMA merupakan makanan yang mudah di dapati di Semporna.
Selain itu, maknan kuih muih masyarakat bajau juga tidak kurang hebatnya, kuih PANYAM, KUIH DAMANG, KUIH BAULU, KUIH GARIZIT dan juga DURUL semamangnya cekup terkenal dalam masyarakat bajau di Semporna. Makanan tradisional masyarakat bajau Semporna ini telah pun di pasarkan ke pecan-pekan yang berhampiran. Oleh itu makanan ini semakin mendapat sembutan yang banyak daripada masyarakat yang lain.
|
maknan yang di perbuat dr ubi kayu |
|
puttu |
|
makanan laut |
|
sotong di goreng |
4 comments:
Hello,
saya lihat di pasar ikan di Semporna ada dijual ikan Buntal?? Bukan kah ikan itu sangat beracun? Boleh cerita sedikit bagaimana orang tempatan di
Semporna memasak ikan itu dan dimana ada dijual ikan buntal yang sudah dimasak?
Terima kasih.
ikan buntal tidaklah beracun sebagaimana yang di war-warkan, malahan sajian yang menggunakan ikan ini adalah yang paling digemari, terutamanya sajian yang di kenali sebagai "sagol ikan buntal". cuma, ada bahagian tertentu dalam ikan buntal ini, yang tidak boleh di makan. hanya mereka-mereka yang "biasa" atau "pakar" terutamanya orang bajau semporna yang boleh memasaknya. jika di sabah, sajian "sagol buntal" ini sugar didapati di mana-mana gerai atau warung makanan. kebiasaannya hanya "sagol ikan pari" sahaja yang banyak di jual di pasar semporna, pasar besar kk dan tawau. "sagol ikan buntal" hanya boleh di dapati di rumah penduduk kampung sahaja. dan ia di sediakan hanya untuk makanan seisi keluarga...... dan tidak ada di jual di kedai.....
Saya perlukan beberapa maklumat makanan tradisional (terutamanya makanan tradisi bangsa bajau Semporna) untuk blog saya.
Saya meminta kebenaran untuk menggunakan maklumat dalam blog ini.
Mustaffa
http://my.mustaffa.org
Assalamualaikum..saya pun nak minta izin gunakan maklumat ini untuk kerja sekolah..terima kasih
Post a Comment